Tuesday, 1 October 2013
Wednesday, 25 September 2013
Model Atom
Model Atom John Dalton
John Dalton, seorang ahli kimia England telah menghuraikan atom sebagai jasad yang kecil, keras, dan tidak dapat dibelah bahagi seperti sebiji sfera yang sangat kecil
Model Atom J.J Thomson
J.J Thomson, seorang ahli fizik England telah menemukan elektron. Beliau menghuraikan atom sebagai sfera yang bercas positif dengan beberapa zarah bercas negatif di dalamnya yang dikenali sebagai elektron.
Model Atom Ernest Rutherfold
Ernest Rutherfold menemukan zaah bercas positif yang dinamakan proton. Proton dan hampir seluruh jisim atom tertumpu di satu kawasan yang sangat kecil di tengah-tengah atom yang dinamakan nukleus. Elektron-elektron beredar dalam ruang yang lebih besar di luar nukleus.
Model Atom Niels Bohr
Niels Bohr telah mencadangkan bahawa elektron-elektron di dalam sesuatu atom bergerak di dalam petala-petala di sekeliling nukleus.
Model Atom James Chadwick
James Chadwick membuktikan kewujudan neutron, iaitu neutral di dalam nukleus. Neutron menyumbang hampir separuh daripada jisim sesuatu atom.
Pemahaman Asas Ion dan Formula
Ion-ion yang berlawanan cas amat tertarik antara satu sama lain oleh daya elektrostatik yang kuat
Subscribe to:
Posts (Atom)